6/29/2013

10kebaikan lemon yang aku suka

Assalamuaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sayang buat semua.


Hari ini aku nak kongsikan 10 sebab kenapa aku suka minum jus lemon yang kini memang menjadi minuman kegemaran buat masa kini. Aku sukakan jus lemon kerana rasanya yang begitu menyegarkan dan sedap.

1. Anti bakteria - 

Apa bila jus lemon berada di dalam perut kita, asid dalam lemon tersebut akan bertindak sebagai anti bakteria yang mampu mencegah sebarang perkembangan bakteria dalam perut anda.

2. Vitamin c - 

Ramai orang inginkan vitamin c yang mencukupi pada diri mereka kerana vitamin c mampu menjana sistem imunisasi dan untuk pengetahuan anda juga vitamin c mampu menghapuskan H.pylori. H.pylori merupakan salah satu baktria yang terdapat pada perut yang menjadi punca kepada gastrik dan ulser. 




3. Mampu mengakalikan badan - 

hu? pelik jer bunyi nya. Percaya atau tidak, lemon mampu memberikan sifat akali pada tubuh. Ramai orang akan berfikiran bahawa lemon rasanya masam dan mempunyai asid yang banyak di dalamnya. Tapi sebaliknya, lemon tidak akan menjadi asid dalam badan malah dia membantu mengekalkan pH level dengan sifat keakaliannya. 

* Ianya baik sekiranya kita mulakan dengan air suam dan lemon pada awal pagi anda. 

4. Membersihkan hati -

Lemon dapat membantu merangsang hati anda dan membantu menyingkirkan toksin seperti urin asid. Sebab itulah lemon diyakini merupakan cleanser yang terbaik dalam usaha membuang toksin.

* Buat baik kepada semua orang pun cara terbaik nak bersihkan hati dari hasad dengki :) 

5. Vitamin P - 

Kalau tadi ada vitamin c, lemon juga ada vitamin P (flavanoids) yang memiliki sifa-sifat anti oksidan yang tinggi yang membantu meneutralkan radiasi yang bebas ada dalam badan yang menjadi punca kepada kerosakan sel dan penuaan. 

6.  Anti Kanser -

Lemon dikatakan memiliki 22 sifat anti kanser seperti lemonine yang melambatkan proses pertumbuhan sel kanser. 

7. Mencegah Artritis Reumatoid - 

Osteoartritis merupakan sejenis penyakit degeneratif yang berlaku dengan penuaan. Makanan yang kaya dengan vitamin C dapat membantu mencegah  penyakit keradangan seperti Artritis Renmatoid. 




8. Penghadaman yang lebih baik - 

Jus lemon sama seperti jus sayuran yang lain turut mengandungi pectin fiber. Pectin fiber sejenis fiber yang larut air yang membantu mengurangkan LDL (bad) level kolestrol. Selain itu, pectin boleh membuatkan ada rasa kenyang dan mengurangkan rasa ingin makan. Baik bagi mereka yang sedang berdiet. 

9. Mudah dan lawas kencing - 

Segelas lemon jus suam mampu meningkatkan kadar untuk urination. Ia baik kerana ianya membantu toxin serta bahan yang bahaya untuk badan disingkirkan dari tubuh dengan cara semula jadi malah menjadikan tubuh kita berakali pada kadar yang bersesuaian.

10. Menyegarkan tubuh -

Air suam dan jus lemon dapat menyokong sistem imunisasi dengan menghidaratkan dan mengantikan cecari dalam badan yang hilang. Apa bila kita kekurang air dalam badan pasti kita akan menjadi cepat letih, lesu, tak bermaya, sembelit, tekanan darah rendah, dan stress. Maka dengan lemon anda pasti akan kembali segar semula. 





boleh usha link ini tue resepi jus lemon yang sedap sedap Juicing Recipes

6/26/2013

Laporan Isnin-Rabu

Assalamuaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sayang buat semua.

Hari ini rasa macam nak upload gambar dengan banyaknya. Awas dengan amaran ini. hehehehe. Minggu ini merupakan minggu kedua bagi sem baru ini. Maka minggu berhibernasi telah pun tamat (tak dapat ar nak baring telentang atas katil). Sebenarnya minggu lepas tak ada ler lek mana pun sebab sibuk dengan kuliah dan itu ini  Penat penat tau tak. 



Apa-apa pun gambar tuan punya blog kena mendahului gambar-gambar lain. Handsome tak? Melting tak? Menggoda tak?. *hahaha :_)




Selamat datang diberi kepada students baharu yang mendaftar hari isnin lepas dan selamat berlajar dekat ipg ini sampai grad. Sekarang ini mereka semua tangah menjalani aktviti minggu pengurusan pelajar baharu. Bila tengok bebudak ini terasa tuanya bila melihat beza jarak umur sebanyak lima tahun. 


Oleh kerana kemasukan unit sahaja maka kemasukan budak baru tak adalah ramai sangat, hanya sekadar satu kelas sahaja. Ini pun selepas dua tahun berturut-turut tak ada kemasukan pelajar baharu kat kampus ini. 

Sesi taklimat minggu pengurusan pelajar baharu.

Kita tamatkan cerita pelajar baharu di sini. Nak cerita pasal projek inovasi yang baru jer aku dan ahli kumpulan yang lain bentang semasa pameran inovasi. Penat juga ar hari ini. Projek ini dibuat dalam tempoh 4 hari. Mula dengan brain stroming untuk creat core idea pastue terus gerak siapkan projek ini minggu part masing-masing.




ini adalah sebahagian daripada peserta inovasi pada kali ni.


Haaaa yang ini baru produk kitaorang. Buku cerita yang disertakan dengan QR Code (Quick Response Code ). QR kod yang diletakan pada setiap muka surat buku cerita ini adalah bertujuan memberi panduan kepada kanak-kanak untuk melihat video animasi yang telah bina dalam satu portal pembelajaran. Cara pengguaaannya mudah sahaja, contohnya murid mambaca pada muka surat 1 dan selepas itu dengan menggunakan telefon pintar, imbas kod berkenaan dan murid akan dapat melihat video animasi pada laman sesawang yang kami sediakan. Video animasi itu sama seperti apa yang dibaca oleh murid pada muka surat itu. Secara tidak langsung dapat merangsang lagi imaginasi murid serta melatih murid untuk bercerita dan menyebut dengan sebutan dan intonasi yang jelas dan betul. 


Kebaaabooooom (bunga api). Taniah buat group aku yang berjaya menarik perhatian orang ramai dan kami pun puas hati dengan feed back orang ramai mengenai produk kitaorang. 

Ok, chaw sys :)

6/14/2013

Yang Terlepas

Assalamuaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sayang buat semua.


Merenung ke luar jendela, Melihat kebesaraNya..... Lagu ada mu yang dinyanyikan oleh Najwa Latif, gadis gitar yang pop-ular dan menjadi tatapan dibibir-bibir remaja (yew kew???). Hari ini dah nak habis masanya kemudianhanya tinggal lagi dua hari sebelum aku pulang kembali ke Borneo bagi meneruskan pengajian. Sebenarnya hari agak kelam, terkilan, dan sebak sebenarnya (Y_Y). Rasa kelat ini terjadi selepas melihat keputusan peperiksaan sem lepas. Berpinar-pinar mata bila melihat punggutan purata sem lepas sama dengan sem lagi satu lepas. WTH, bila aku duk ulang-ulang itulah juga yang nombor tertera pada bacaan purata sem lepas. Memang YANG TERLEPAS  habis ini.


Macam manalah aku nak cekau itu semua tuk cover balik dengan sem lepas punya keputusan . Tetiba persoalan yang muncul dalam sanubari "Dengan purata kelas dua bahagian bawah dapatkah aku dipostingkan?" 


Tapi tak mengapa. Ini mungkin takdir yang boleh diubah pada masa akan datang. Mungkin Tuhan nak uji aku bagaimana aku hadapi dugaan ini. Ingat EMPAT 4 pekara ini untuk dijadikan kekuatan dalam membina keyakinan diri dan membina semangat pada hati untuk teruskan kehidupan ini.

a) Jangan membenci orang lain
b) Jangan Membenci akan diri sendiri
c) Jangan kesali pekara yang lalu * YANG TERLEPAS
D) Jangan takut dengan masa DEPAN

* Dari Prof.Dr Muhaya. Ni page dia > Prof.Dr Muhaya. Ada dua ayat best untuk diamati yang dipetik dari kata-kata Prof:

 " Untuk dapatkan sesuatu kita perlu buat sesuatu"

" Untuk buat sesuatu kita harus jadi sesuatu"

" Dunia luaran kita adalah cermin dunia dalaman kita" (dalaman: fikiran rohani, emosi & sikap) 

Mungkin aku perlu more more more effort to get better dan jadikan cerminan dalam dan luaran adalah terbaik untuk diri ini, Amin dan Insyallah - mudah-mudahan :)



*Lagu cengkerik berirama dah berkumandang, nak suh tido ar tueeee..





6/09/2013

Monolog Manusia Kucing

Assalamuaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sayang buat semua.

Hai Hai Hai

Hari Ahad yang indah ini kita santai-santai jer. Panas ??? Watlek jer.

 Cantiknya kaktus katek tue....

Lets me taste it. emmmmmmmm tidak ada bau pun.

Ahad ini sesuai untuk memanjakan diri sendiri, lets me show you how to trim all bebulu.

Adeh sudahnya !!!!!!!, somebody help me.....


"Guna cara kita lagi mudah lah" Big Bro Oren



"Happy Weekend dan Selamat Kembali ke Sekolah wahai insan yang bergelar Murid-murid dan Guru" 

6/06/2013

Cuti ker

Assalamuaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sayang buat semua.

Fuuuuuuuuuuuuuuh fuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuh buang habuk sat. Lama juga tak menjengah ke sini. Almaklumlah cuti katanya. Dah masuk dua minggu duk terperuk dekat umah. Yup inilah yang aku mahukan bersama-sama mereka yang tersayang di rumah selepas lima bulan berpisah. Dah cuti hanya ada tiga minggu maka aku gunakan kesempatan yang ada untuk melepas rindu dekat umah.

pencuri selipar depan umah.. gotcha...
Beware with the cat from hell.... Cute kan...
Bunga kertas nan mekar
love this baby.



hahahaha testing cam