4/28/2011

Rombongan Pak Lebai Ke Semporna

Asslamuaikum korang semua...

Dah berjazam aku tak memereka cerita kat dalam belog im impressed. Memang dah lama dah ada niat aku nak mengupdate blog kesayangan ini tapi nak dijadikan alasan yang munasabahlah sikitkan, boleh dikatakan aku sibuk dengan assignment2 yang selalu duk terkinja-kinjal terkinja-kinja bajet darling untuk dibelai sepanjang bulan ini. Akhirnya aku berjaya menyepak terajang assignment semua (mean dah hantarlahkan)MySpace. Memang sekarang ini aku dah boleh bernafas secara normal balik klu tak hidup ini boleh diibaratkan ikan koi berenang-renang sebelum mati (hyperbola lebih) MySpace.

Nak dijadikan cerita dan pedoman kepada korang semua inilah sifat semula jadi manusia yang kadang-kadang yang selalu keliru dengan kehendak mereka. Bila ada assignment aku cakap hidup ini bohsan, bila dah tak ada kerja aku masih menjeret bohasa. Inilah namanya buruk perangai tak reti-reti nak bersyukur dan gunakan masa yang ada dengan benda-benda yang berfaedah macam gie main pondok-pondok, main balling sepliar tak pun duk berzikir dapat tambah pahala MySpace. Aku ini memang jenis orang yang cepat bohsan dengan sesuatu atmosphere yang tak merangsang minda dan kepala otak untuk berfikir dengan pantasnya. Bila dah bohsan mulalah mulut yang busuk nie duk merungut itu ini dan bebagai lagi bebelan merapu MySpace.

Dalam diri ini diselubungi oleh misteri kebohsan yang melampau dan sedang aku duk mengadap laptop tetiba sahaja kelasmate aku dengan muka senyuman yang mencecah pipi  mengajak aku joint diaorang (ahli jejalan rombongan Pak Jabir). Plan punya plan and kitaorang pun buat keputusan nak gie hangout kat Semporna dan kebetulan pulak dalam minggu sebelum itu ada Si Sabri menjemput majis perkhawinan adik kepada abang Man. Aku dengan perasaan girang ala-ala Pak Lebai mendapat jemputan kenduri pergi calling Cik Cyang nak informkan kat dia pasal plan rombongan Pak Jabir ke Semporna. Dia bagi aku gie walaupun nada dia macam tak berapa nak bagi sebenarnnya. MySpace

Nampak gayanya cerekarama kali terpaksa ditunda pada post yang akan datang memandangkan waktu subuh telah pun masuk dan kelas hari ini akan bermula dalam beberapa jam jer lagi. Kompom aku duk kat belakang hari dan khusyuk mendengar kuliah sampai terhanguk-hannguk. MySpace

P/S:  A sweet movement come from a sweet heart.





   


4/08/2011

Triler Filem: SEKALI LAGI

          Assalamuaikum dan hye u all my buddies...
        Kali nie buat julung-julung kalinya mempromo filem tempatan yang akan ditayangkan pada 30 Jun 2011. Mungkin agak terlalu awal nak habak mai kat hangpa semua tapi tak per, supaya korang boleh wat prepairation nak buat jadual memonton filem-filem yang korang nak tengok nanti. 

Filem yang bakal menjadi bualan masyarakat Malaysia ini dibintang oleh pelakon-pelakon yang hebat dan tidak dinafikan mempunyai auranya tersendiri malah mampu membuat korang semua nak tengok citer ini. (cehhh goreng lebih jer aku ni). Antara pelakonnya ialah Shahziey Sam yang baharu-baharu ini memperolehi anugerah bintang paling fames popular manakalah heroin dia pun tak kurang hebat juga , siapa yang tak kena awek Garnier (ukurlah sendiri)  ini, Lisa Suriani. Selain diorang jer yang dok berlakon dalam filem nie, korang semua diumpan dengan pelakon kanak-kanak yang dikategorikan comel lagipintar berkata-kata, Adik Mia.









Ini dia poster citer: SEKALI LAGI


Apa lagi korang semua, bolehlah taruk filem nie dalam planer xpun guna pangkah X kat tarikih 30 Jun kalender korang supaya tak terlepas pulak nak layan citer nie. Apa-apa pun mari kita tengok thriler SEKALI LAGI nie.

















   




lewat sangat kew?

Aku bangun dari tido cam biasa seperti hari-hari lain. 


Aku bersiap-siap nak kelas macam biasa seperti hari-hari lain.


Aku pergi kelas  macam biasa seperti hari-hari lain.

Tak pasal-pasal aku kena tahan atas sebab datang lewat.

Lewat sangat kah aku nie?

Kuasa autoriti mengalahkan "aku yang macam biasa seperti hari-hari yang lain"....

Bohsan dengan hari-hari yang menjengkelkan...(lancau)







4/07/2011

Sesak Nafas Seketika

Bernafas dalam atmospehere yang menjengkelkan.

Semua benda dilihat sungguh annoyying.

Rasa nak sepak terajang jer orang yang menyebabkan reverse osmosis otak terhenti.

Kelibat-kelibat menyampah selalu bermain di ekor mata.

Suara-suara ghaib bermain di gegendang telinga.

Arrrrrghhhhh aku SESAK NAFAS SEKETIKA.

Google mari

p/s: Cpr please...







3/21/2011

Ayuh ke kembali ke sekolah... ayuh!!!

Assalamuaikum murid-murid, cehwah semangat yang tak dibuang lagi meskipun dah 2 jam setengah dah berada di rumah.

Ayuh ke kembali ke sekolah... ayuh!!!
Teringat kembali seni kata lagu dalam iklan kasut sekolah dulu-dulu....

Nak bagi korang semua yang hari ini merupakan first day aku masuk semula ke sekolah as a teacher selama seminggu. Hari ini juga  aku rasa nak letak jawatan jer sbb aku rasa terlampau letih, dehydrate, dan emosi tak beberapa nak stable. Agioo bayangkan aku terpacak kat sekolah dari pukul 7:00 am until sampailah kambing-kambing dah nak masuk kandang semula, kul 5:35 pm. 

Mari tengok muka annoying aku pada hari pertama...

WTH, What The Hekkk!!! Membongkang jer keje, kumpul taik mata, curik tulang dah tue tak agak-agak buat lagak aksi negri dalam bilik guru. Sumpah pas nie kena panggil masuk bilik cekgu besau. 


Kaki kelentong berpura-pura buat sesuatu yang dia sendiri pun tak tau setelah melihat kelibat sosok-sosok ghaib yang seakan -akan cikgu besau. 

Suasana bilik guru kurang produktif mari kita jenjalan a round da school. Muka bajet pegawai yang datang duk observe sekolah. 
Ada sesuatu yang menarik? Snap snap dan jenjalan lagi.....
Dengan lincahh kaduknya aku mengangkat tb jenama panasonic kaler merah nie, macam boleh bawak balik ghumah....
Jumpa pulak dengan kotak susu, nie pun nak kena rembat bawak balik ghumah..

Dah jenuh jejalan satu sekolah, makcik cleaner pun dah kenal, jumlah tangga kat sekolah pun dah hafal, jom  kita mengeteh pulak owkey.



Terkejut ker mak cik...

Terkejut tak per jangan terkentut...

Takut ada bau nanti..

Sebenarnya gegambar semua kat atas tue adalah lakonan semata-mata, so jangan korang terkejut beruk tengok aksi-aksi yang menjengkelkan seorang cikgu di sekolah. Aigoo, sebenarnya aku tengah ngantok gaban sekarang nie, sambung entry esok for the real teacher at school.. See u all again. 




3/18/2011

Kenali Dunia Disleksia Kanak-Kanak


Assalamuikum semua...
Hello...
你好..
 안녕하세요..
नमस्ते..
こんにちは..
สวัสดี..
Nah ambik ko semua bahasa semua ada pandai-pandailah korang nak jawap sapaan 'Hello'. Kali ini aku nak bawa korang ke satu lagi informasi tentang 'Masalah Disleksia' yang ada pada sesetengah orang. Dulu aku pernah tulis pasal magika disleksia amazing people (picit sampai dapat) dan kali ini nak cerita lebih mendalam sikit dan nak bagi ciri-ciri disleksia terutamanya dikalangan kanak-kanak.

Apa itu DISLEKSIA?
  • Perkataan DISLEKSIA merupakan perkataan berasal dari bahasa Greek dimana DYSLEXIS.
DYS - bermaksud sukar.
LEXIS - kesukaran menggunakan perkataan.
  • Disleksia adalah sesorang yang mengalami kesukaran atau masalah dalam menulis, membaca, memahami teks bacaan dan mengira.
  • Diingatkan bahawa disleksia bukan disebabkan oleh kematangan yang lambat tetapi berpunca dari "kesukaran". 
 
Faktor - faktor boleh terjadinya DISLEKSIA...
  1. Hattum (1980), mengatakan bahawa kesukaran membaca disebabkan oleh sistem saraf pusat yang tidak berfungsi dengan baik (disfungsi).
  2. Sistem pemerosesan auditori dan visual di otak orang yang mengalami disleksia, selalunya lebih kecik sebanyak 27% daripada otak orang yang normal, (Galaburda & Tallal, 1991).
  3. Daripada pemerhatian Lennerberg (1976), terdapat penglibatan yang sama rata di hemisfera cerebal pada peringkat awal perkembangan bahasa, kemudian kemajuan perkembanganya lebih di otak hemisfera kiri dan berterusan berlaku sedemikian. Jika sekiranya hemisfera otak kiri tidak berfungsi dengan baik sebelum dan semasa perkembangan di peringkat awal, hemisfera otak kanan akan menyambung penglibatannya dalam pemerosesan linguistik.
  4. Dorongan daripada saraf visual dan auditori dibawa kedua hemisfera otak secara serentak tetapi hemisfera otak kiri yang bertindak balas kepada stimuli linguistik seperti perkataan, simbol dan pemikiran (Lerner,1997).
  5. Secara umunmya, diakui bahawa faktor yang menyebabkan disleksia adalah daripada ginetik yang ada pada dasar yang terletak dibahagian bahasa di otak (Hulme & Snowling).
Bagaimana terjadinya Disleksia...
Ianya disebabkan oleh perbezaan dalam cara otak memproses maklumat - maklumat terutamanya sekali berkenaan bunyi, simbol dan makana.

Merujuk gamabr diatas kita boleh melihat kedua-dua hemisfera otak manusia dan serta fungsinya. Hemsifera otak kira berfungsi sebagai tempat memproses maklumat berkaitan dengan bahasa, logik, matematik dan susunan dan struktur manakala hemsifera otak kanan berfungsi memproses makluat berkaitan denga visual kreatif dan kemahiran seni. Apabila bahagian hemisfera otak kiri gagal berfungsi dengan sempurna maka tugasnya akan diambil alih oleh hemisfera otak kanan, oleh itu mereka yang mengalami masalah ini mengalami kesukaran untuk memproses maklumat lingustik. Itulah puncanya berlaku disleksia.


Kunci utama mengesan kanak-kanak DISLEKSIA...

  1. Nampak cerdik, pandai dan seorang yang ceria.
  2. Fasih bertutur atau berkomunikasi dengan sesiapa sahaja.
  3. Fahaman lisannya baik.
  4. Lemah dalam ejaan dan penulisan.
  5. Pencapaian akademik berbeza mengikut subjek.
  6. Suka bertanya.
  7. Sifat ingin tahu yang tinggi.
  8. Minat subjek yang tidak banyak membaca.
  9. Pemerikasaan perubatan.
Fizikal dan pengurusan diri kanak-kanak Disleksia...
  • Pakaian tidak kemas tetapi tidak kotor.
  • Butang baju salah butang (baju jadi senget sebelah).
  • Tali kasut tidak diikat dengan betul.
  • Kidal
  • Tidak minat belajar (subjek banyak membaca).
  • Pemerhatian singkat.
  • Pengamatan lemah.
  • Perangai kelakuan tidak kosisten.
Masalah Pembelajaran Kanak-kanak Disleksia...
  • Bacaan - sukar membaca dan memahami teks yang diberi.
  • Tulisan amat buruk dan tak boleh dibaca.
  • Kerap menggunakan pemadam untuk memadam tulisan mereka.
  • Menekan pensil semasa menulis.
  • Mungkin pantas dalam matematik.
  • Pura-pura membaca buku lisan berpandukan gambar yang dilihat.
  • Membalikkan perkataan seperti gula jadi lagu atau batu jadi tuba.
  • Menambah atau membuang huruf dalam sesuatu perkataan.

Ciri-ciri kanak-kanak Disleksia di peringkat prasekolah dan sekolah rendah...


Pra Sekolah

Permainan LEGO dapat membantu kemahiran halus kanak-kanak disleksia.
  • Kemajuan pertuturan agak lambat.
  • Susah nak ingat atau faham arahan yang diberi.
  • Lemah kemahiran motor kasar seperti menyambut dan membaling bola.
  • Sukar menepuk tangan mengikut irama
  • Hyperaktif dan tak tentu arah.
  • Cekap dengan permainan binaan. 
Sekolah Rendah

  • Lemah bacaan, tulisan dan ejaan.
  • Selalu menterbalikan huruf, perkataan dan nombor.
  • Memiliki semangat ingin tahu yangtinggi dan suka bertanya.
  • Berbakat kreatif.
  • Bertutur dengan baik. 
  • Nampak cerdik dan pandai.
  • Pencapaian akademik tidak seimbang mengikut subjek.
  • Pengetahuan am yang baik.
Kanak-kanak disleksia perlu diberi pemerhatian khusus agar mereka dapat membaca dan menulis dengan baik. 

Nampaknya tue sahaja informasi yang mus nak kongsi ngn korang semua. Kalau ada penambahan atau perkongsian idea please comment owkey. 




p/s: Mencari potensi dalam diri ibarat mencungkil permata yang terbenam, oleh itu kita harus berusaha mengoreknya kerana  ' Kejayaaan itu adalah Usaha kita'. Berusaha menyiapkan post ini meskipun internet lemah longlai lagi lesu tak bermaya... huhuhuhuhu...

3/17/2011

Nak lagi boleh...

Hello and BIG SMILE :) to all my follower and stalker. Ada ker orang nak stalker blog aku yang sememeh nie. 
Hari ini dah masuk hari yang ke-lima aku berada di LD (Lahat Datu) dan cuti pun dah nak sampai ke penghujungnya. Memang tak diduga cepat betul masa berlalu. Rasa cam baru dua tiga hari cuti dan baru nak setart jejalan area-area LD ini. Aku masih lagi dalam mood cuti meskinpun dalam kepala otak ini duk ligat pikir pasal assigment yang tengah buat Q line berebut-rebut suh aku peluk dan belai sekor-sekor.

P/S: Bole tak kalau aku extent cuti ini lagi, please.....?????





   

3/16/2011

Ombak-ombak kecil

Assalamuaikum  semua...
testing, testing one two three..
Sengaja nak testing line internet yang dah macam basikal roda tiga jer dah nie, dah tentu tak syok nak menghentak-hentak keyboard kalau dah kelajuan internet dah kalah dengan kepantasan siput vavi. Kenapalah siput tue sahaja yang kena jadi perbandingan kalau internet lembab. Acer bagi sebab yang munasabah skit.

Petang tadi aku berkesempatan menapak kat tepi pantai untuk menikmati suasana petang yang harmoni di kawasan Tungku ini. Mengadap Laut Celebes yang terbentang luas dan menghirup bayu pantai telah mampu membuat aku kembali senyum balik sebab aku seteres dengan tugasan yang diberikan oleh pensyarah.


Ombak-ombak kecil yang manja bermain-main... kalau dah ganas agaknya cam ner ek? korang tau jawapannya.

Bukan siput vavi owkey, halal disentuh...
Woaaaahh, terimpressed lah sangat..
Aksi-aksi mimik muka penyangak baru kat Tungku... ngeee~ 

Memang cambest tengok air laut yang jernih boleh nampak pasir kat dalam tue, niat nak mandi jer tadi tapi keindahaan alam tersebut telah dicemari oleh tangan-tangan dan minda manusia yang suka sangat lempar sampah kat laut. Aigooo, aku dah lama tak mandi laut nie dah tengah gian nak renang-renang katak dalam laut ini. Aigoo, i m impressed lagi sekali...

p/s: Jangan sesekali mencemari keindahan alam, sebab orang lain pun mahu menikmatinya juga...