3/18/2011

Kenali Dunia Disleksia Kanak-Kanak


Assalamuikum semua...
Hello...
你好..
 안녕하세요..
नमस्ते..
こんにちは..
สวัสดี..
Nah ambik ko semua bahasa semua ada pandai-pandailah korang nak jawap sapaan 'Hello'. Kali ini aku nak bawa korang ke satu lagi informasi tentang 'Masalah Disleksia' yang ada pada sesetengah orang. Dulu aku pernah tulis pasal magika disleksia amazing people (picit sampai dapat) dan kali ini nak cerita lebih mendalam sikit dan nak bagi ciri-ciri disleksia terutamanya dikalangan kanak-kanak.

Apa itu DISLEKSIA?
  • Perkataan DISLEKSIA merupakan perkataan berasal dari bahasa Greek dimana DYSLEXIS.
DYS - bermaksud sukar.
LEXIS - kesukaran menggunakan perkataan.
  • Disleksia adalah sesorang yang mengalami kesukaran atau masalah dalam menulis, membaca, memahami teks bacaan dan mengira.
  • Diingatkan bahawa disleksia bukan disebabkan oleh kematangan yang lambat tetapi berpunca dari "kesukaran". 
 
Faktor - faktor boleh terjadinya DISLEKSIA...
  1. Hattum (1980), mengatakan bahawa kesukaran membaca disebabkan oleh sistem saraf pusat yang tidak berfungsi dengan baik (disfungsi).
  2. Sistem pemerosesan auditori dan visual di otak orang yang mengalami disleksia, selalunya lebih kecik sebanyak 27% daripada otak orang yang normal, (Galaburda & Tallal, 1991).
  3. Daripada pemerhatian Lennerberg (1976), terdapat penglibatan yang sama rata di hemisfera cerebal pada peringkat awal perkembangan bahasa, kemudian kemajuan perkembanganya lebih di otak hemisfera kiri dan berterusan berlaku sedemikian. Jika sekiranya hemisfera otak kiri tidak berfungsi dengan baik sebelum dan semasa perkembangan di peringkat awal, hemisfera otak kanan akan menyambung penglibatannya dalam pemerosesan linguistik.
  4. Dorongan daripada saraf visual dan auditori dibawa kedua hemisfera otak secara serentak tetapi hemisfera otak kiri yang bertindak balas kepada stimuli linguistik seperti perkataan, simbol dan pemikiran (Lerner,1997).
  5. Secara umunmya, diakui bahawa faktor yang menyebabkan disleksia adalah daripada ginetik yang ada pada dasar yang terletak dibahagian bahasa di otak (Hulme & Snowling).
Bagaimana terjadinya Disleksia...
Ianya disebabkan oleh perbezaan dalam cara otak memproses maklumat - maklumat terutamanya sekali berkenaan bunyi, simbol dan makana.

Merujuk gamabr diatas kita boleh melihat kedua-dua hemisfera otak manusia dan serta fungsinya. Hemsifera otak kira berfungsi sebagai tempat memproses maklumat berkaitan dengan bahasa, logik, matematik dan susunan dan struktur manakala hemsifera otak kanan berfungsi memproses makluat berkaitan denga visual kreatif dan kemahiran seni. Apabila bahagian hemisfera otak kiri gagal berfungsi dengan sempurna maka tugasnya akan diambil alih oleh hemisfera otak kanan, oleh itu mereka yang mengalami masalah ini mengalami kesukaran untuk memproses maklumat lingustik. Itulah puncanya berlaku disleksia.


Kunci utama mengesan kanak-kanak DISLEKSIA...

  1. Nampak cerdik, pandai dan seorang yang ceria.
  2. Fasih bertutur atau berkomunikasi dengan sesiapa sahaja.
  3. Fahaman lisannya baik.
  4. Lemah dalam ejaan dan penulisan.
  5. Pencapaian akademik berbeza mengikut subjek.
  6. Suka bertanya.
  7. Sifat ingin tahu yang tinggi.
  8. Minat subjek yang tidak banyak membaca.
  9. Pemerikasaan perubatan.
Fizikal dan pengurusan diri kanak-kanak Disleksia...
  • Pakaian tidak kemas tetapi tidak kotor.
  • Butang baju salah butang (baju jadi senget sebelah).
  • Tali kasut tidak diikat dengan betul.
  • Kidal
  • Tidak minat belajar (subjek banyak membaca).
  • Pemerhatian singkat.
  • Pengamatan lemah.
  • Perangai kelakuan tidak kosisten.
Masalah Pembelajaran Kanak-kanak Disleksia...
  • Bacaan - sukar membaca dan memahami teks yang diberi.
  • Tulisan amat buruk dan tak boleh dibaca.
  • Kerap menggunakan pemadam untuk memadam tulisan mereka.
  • Menekan pensil semasa menulis.
  • Mungkin pantas dalam matematik.
  • Pura-pura membaca buku lisan berpandukan gambar yang dilihat.
  • Membalikkan perkataan seperti gula jadi lagu atau batu jadi tuba.
  • Menambah atau membuang huruf dalam sesuatu perkataan.

Ciri-ciri kanak-kanak Disleksia di peringkat prasekolah dan sekolah rendah...


Pra Sekolah

Permainan LEGO dapat membantu kemahiran halus kanak-kanak disleksia.
  • Kemajuan pertuturan agak lambat.
  • Susah nak ingat atau faham arahan yang diberi.
  • Lemah kemahiran motor kasar seperti menyambut dan membaling bola.
  • Sukar menepuk tangan mengikut irama
  • Hyperaktif dan tak tentu arah.
  • Cekap dengan permainan binaan. 
Sekolah Rendah

  • Lemah bacaan, tulisan dan ejaan.
  • Selalu menterbalikan huruf, perkataan dan nombor.
  • Memiliki semangat ingin tahu yangtinggi dan suka bertanya.
  • Berbakat kreatif.
  • Bertutur dengan baik. 
  • Nampak cerdik dan pandai.
  • Pencapaian akademik tidak seimbang mengikut subjek.
  • Pengetahuan am yang baik.
Kanak-kanak disleksia perlu diberi pemerhatian khusus agar mereka dapat membaca dan menulis dengan baik. 

Nampaknya tue sahaja informasi yang mus nak kongsi ngn korang semua. Kalau ada penambahan atau perkongsian idea please comment owkey. 




p/s: Mencari potensi dalam diri ibarat mencungkil permata yang terbenam, oleh itu kita harus berusaha mengoreknya kerana  ' Kejayaaan itu adalah Usaha kita'. Berusaha menyiapkan post ini meskipun internet lemah longlai lagi lesu tak bermaya... huhuhuhuhu...

4 comments:

b0m^2 said...

copy paste...

Aqim Razali said...

hahahaha... takde keje lain ek..
hambik lah bom2...
Tamparuli best ka? mau gie pas nie..

Awin said...

copy paste jg :)

Aqim Razali said...

boleh bah kalau ko... ngeeee~