9/30/2011

Ku Hanya Ada Sepotong Doa


Dari raut wajahmu tidak pernah sesekali mempamerkan riak muka yang mengambarkan keadaan diri mu sebenar. Senyuman lebar dan  gurau senda yang kau pamerkan itu semua bagaikan dinding ketabahan hati yang luluh Namun ku tahu di dasar tasik hati mu telah pun kering  kerana tangisan air mata ketabahan yang ditangsian takala diri mu bersendirian. 

Laut China Selatan menjadi pemisah antara kita. Jauh ku dengar perkabaran mu dari sana. Sayu hati ku mendengar suara.
Wahai ayah dan bonda...

Ku hanya ada sepotong ayat yang tidak mampu membalas segala jasa mu yang tiada bandingnya. Namun, hati kerdil ini tidak akan pernah lupa akan tanggungjawabku. Di waktu senja ini jari jemari runcing ku membengkok menadahakn tangan berdoa buat diri mu.


Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..

 
Abah... Ibu ampunkanlah dosa-dosa anakmu... 





               
   


9/25/2011

You Saka Pergi Jauh Jauh

Assalamuaikum dan Salam Sejahtera Buat Kalian Semua.

Sejak kebelakangan ini dalam dua tiga hari nie wa terasa berat bahu memikul beban saka yang sentiasa mengekori duapolohempat jam. Keadaan ini berlarutan hingga kini. Rasa resah memburu wa sepanjang masa. Patut wa selalu keletihan sehingga wa tertidur (pedahal kaki tido). Wa tertekan dengan peristiwa aneh nie. Kina tiba masanya wa cari jalan penyelesaian bagi menghapuskan saka-saka yang durjana ini.



  • Minggu ini wa  kena bertarung dengan saka assingment dah berasak asak sampai wa tak lena tidur. 
  • Saka exam buat wa seram sejuk sebab wa belum buat revision lagi (last minute study lagi berkesan).
  • Gastrik kali nie merasuk kejam, ruined my day with pain. Elok-elok wa chubby dulu skrang dah kering.
  • Saka yang tak boleh dibuang, kemalasan di hujung minggu buat wa malas nak gerak sana sini.
Dengarkan kata kata ini wahai saka saka semua 
"You Saka Pergi Jauh Jauh!!!!!!!".

ps:// Gagal Merancang Merancang Kegagalan. Manage ur self and time wisely so no stress no pressure No Saka





   

9/20/2011

Padan Muka Aku

Assalamuaikum dan Salam Malaysia

Kali ini tak boleh nak taip entri panjang lebar sebab wa kena layan dengan penuh kasih sayang assignment yang dah lama Que-up minta wa peluk, belai, dan cium.

OMG, Oh Memang Gila kali ini sekali 4 tugasan yang wa kena siapkan.

ps:// Lain kali jangan buang masa ngn benda tak berpaedah. Hargai masa lapang jangan  masa busy baru nak menyesal

               

9/13/2011

Hari penuh kesah dibuatnya


Agak ketinggalan wa nak ucapakan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin buat kamuorang semua. Mintak maaf kalau ada mengata belakang, termakan makan biskut dan banyak lagi. Minggu lepas selepas seminggu cuti raya wa masuk sekolah buat program 'school attack' (nanti wa citer skit pasal sekolah molah nie). Semalam wa agak huru hara masa ondaway nak balik Sabah, hampir-hampir tertinggal flight. Nasib baik Abah wa drifter yang hebat berjaya memandu Persona dengan berhemah meskinpun tersangkut dalam kesesakan lalu lintas kat area RnR Seremban. 
By google

Dah sampai kat lcct dah jam 3.10 pm, flight wa berkepak kul 3.40 pm. Pergghhh mana tak serabut time tue. Mulalah wa pun gelabah tak tentu pasal terlupa booking numberlah, sakit lutut bagai (gout bende), kad matrik masih gantung kat leher (pe kes) dan paling tak boleh belah wa tak masukkan alat tulis dalam luggage jadinya wa letak dalam beg laptop maka bila wat safety check kat balai berlepas wa nyer gunting bagai kena rampas (craps). Nasib baik sempat kali nie. Berjemban peluh wa masa dalam flight tue belum tengok lagi wa nye kesah (ketiak basah) macam mana. 
By google

Syukurlah dengan adanya teknologi penghawa dingin dapat wa keringkan peluh kesah nie. Apa-apa pun wa selamat menjejaki Tawau balik semula dan mula kelas macam biasa seperti bulan puasa dulu kelas dah macam kena langgar garuda (kosong dan senyap dibantu mood malas).

By google

Malam tue pulak wa sibuk kemas bilik wa yang dah jadi homestay oleh kloni semut hitam. Mak ai bukan sedikt sebur satu tong spray reset pun dah abis lagi semut. 
By google

Terpasksa wa ngan rumate kemas kasi bersih bili  bru boleh tarik nafas lega. Balik kampus kali nie memang mencabar kepala otak wa sebab wa kena siapkan assignment yang dah Q-up berderet minta wa peluk cium. Perggghh, harap-harap wa tak tension teruk dan migraine wa tak timbul lagi :) . 


Pesan orang tua-tua: 'Kalau nak berjalan jauh nak oih, bagus engko jalan awal nanti takut pepehal lakh berlaku tengah jalanan kang susah lak'.