7/10/2013

Salam Ramadhan dan Selamat Berpuasa

Assalamuaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sayang buat semua.

Ehem ehem.... (mengerak-gerkan halkum) Tetiba terasa nak buat ucapan pulak. Okalah straight to the point, kepada semua umat islam dan pembaca blog ini, saya ingin mengucapkan Salam Ramadhan dan Selamat Menjalani Ibadah Berpuasa pada bulan ramadhan kali ini. Moga-moga kita memperoleh keberkatan melalui nikmat-nikmat yang diberikan oleh Allah yang Maha Esa. Semoga ramadhan kali ini dicurahkan dengan rezeki yang murah, kesihatan, kebahagiaan, kekuatan dan kesejahteraan buat diri ini, keluarga, rakan-rakan dan seluruh umat Islam. Aminnnnnnnn :)

Sumber dari raf. 

Ramadhan ini merupakan puasa yang kelima berpuasa diperantauan.huhuhuhu. Untungler bagi mereka yang first puasa dekat rumah dengan mak ayah dan adik beradik yang lain. Tak mengapalah dah nama pun kehidupan manusia yang penuh cabaran. Puasa dekat mana-mana pun sama juga yang penting nawaitu dan keikhlasan dalam melakukan ibadah. Tak gitue. Walaupun bulan ini memang mencabar dengan kena pratikal (keringlah tekak bila nak ngaja budak) apa-apa pun hadapinya dengan tenang dan profesional. :)



potpetpotpet: Dah puasa, elaun tak masuk lagi + mula puasa tak cuti , khejam sungguh!!!

7/06/2013

Masa depan

Assalamuaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sayang buat semua. 




Akhirnya aku jumpa juga pintu depan tempat bakal aku praktikal pertengahan bulan ini. Yang ini tempat kedua praktikal bagi semester ini. Praktikal lepas aku pilih sekolah bandar dan kali ini sekolah luar bandar yang darat sedikit. Maksud aku jauh sedikit dari pantai. Mungkin praktikal 3 aku pilih luar bandar tapi dekat pantai. Kenapa suka pindah-pindah? Sengaja jer aku nak cari pengalaman yang berbeza mengikut geografi lokasi sekolah dan budaya. Bak kata orang dulu-dulu 'lain padang lain belalangnya'. Lain tempat lain juga ragam manusia dekat situ. Seronok tau bila kita dapat belajar sesuatu yang lain dari yang biasa yang kita pernah tengok. Sebab tue juga kena pindah-pindah tempat praktikal biar merasa semua keadaaan. Nanti bila dah dapat kerja tak ada ar rasa kekok sangat.

Boleh tak gaya gini gie praktikal? 



Bila cakap masa depan aku berharap dapat melakukan yang terbaik bagi praktikal kali ini dan mencedok berguni-guni ilmu (dah sedia dua gayung dan guni) dan pengalaman untuk di bawa ke masa hadapan.Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar dan membuahkan hasil yang mampan untuk bekalan masa kelak. Sengala-galanya akan terjadi dengan izin yang Maha Esa. Aminnnnn.

Tiga kerat pemandangan sekolah


Potpetpotpet: Aku tengok budak-budak dalam ceria pop-star gigih mencari duit dan kerjaya pada usia kecik lagi. Macam yakin jer itu kerja dia orang pada masa depan. Aku yang duk belajar kat ipg 5 tahun setengah belum tentu ada kerja.emmmmmm kbai. 

Projek Terbang: Pantai Batu Payung

Assalamuaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sayang buat semua. 



Haaaaa kali ini nak bawa pergi bersiar-siar sedikit. Keluar sebentar ambil angin orang kata. Refresh minda yang lemau. Buang tekanan buat selama-lamanya. Kalau duk teperap dekat bilik lama-lama boleh jadi apam kepam jugakan. Maka lima sekawan telah bersetuju untuk 'terbang keluar' dari hostel (macam ada sayap jer) menuju pantai Batu Payung. 



Ini dia skuad-skuad terbang yang sedia untuk terbang menjunama ke pasir pantai Batu Payung.



Cubaan terbang ke pasir ker? 


Oleh kerana cubaan terbang gagal maka skuad terpaksa berjalan di atas pasir. Yang diaorang tengah lalui ini adalah air sungai yang mengalir ke pantai. Air sungai terasa sejuk dan nyaman sebab malam tue hujan lebat. 

Haaa macam tak pergi pantai jerkan. Jangan tertipu dengan pandangan mata.

Tadaaaaaaaaaa ha kan pantai tue belakang budak yang tengah main ketam. Kalau nak tahu masa kami pergi situ air tengah surut dan keluarlah ketam-ketam sekalian buat flash mob atas pantai itu. 


Agak khejam kalau gambar aku tak masuk dalam citer ini. Kenapa mcm tugu jer




Dah puas mencuci kaki dan mengelapkan kulit lets go mengisi perut yang lapar. 





Goreng pisang cheese



Lepas minum petang baru terbang pulang dengan hati yang tenang. :) 

7/01/2013

Projek Makan: Warisan Ibu

Assalamuaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sayang buat semua.

Kali ini nak bagitau tentang makanan. Ahad lepas (mean semalam) merupakan hari makan-makan buat perut-perut insan yang sentiasa lapar. Diyakini ada bela anak naga dalam perut. Padan buncit. hahaha. Okay kali ini projek makan-makan telah diketuai oleh Miss Mj dan dibantu oleh krew-krew (sila rujuk bawah) yang sentiasa ada masa untuk projek ini. 

Kali ini keluar makan untuk brunch (breakfast dan lunch), macam mana boleh jadi brunch sebab waktu makan tue in the middle antara breakfast dan lunch. Alang-alang terus jer brunch. 


Miss Amirah (Team Leader) 

Krew Makan-makan: Zul, Shafiq & Afifi

Minuman paling menyegarkan pada saat dan ketika itu, Avocado Blend. Siyes sedap ini kerana 100 % avokado dalam cawan di atas malah rasa lemak-lemak berkrim avokado tue buat rasa nak sedut sampai habis, srrooot srrooott. (Sengaja bagi korang teleng tengok ini) 

Pekena Roti Cobra sebelum makan betul-betul. Cobra??? Letak kari cobra ke? Entahlah mana datang nama cobra yang penting atas roti canai tue ada telur mata dan kuah banjir. Yang ini aku punya sebab lapar nak arwah kot selepas 6 jam dari aku bangun subuh, barulah dapat hidu dan rasa makan. Azab tak azab hehehehe. (Ada banyak cobra ni dekat kedai mamak kat Tawau)


Mee goreng mamak yang di oder oleh Afifi. Siyes kenyang dengan dilimpahi dengan isi ayam dalam mee goreng mamak ini. Terasa mamaknya.

Om om om om yum, nasi ayam mayonis. Rupanya macam lebih kurang nasi ayam biasa cuma olahanya pada ayam goreng yang diletakan mayonis. Yang nie dioder oleh Syafiq. 


Yang ini kuay teow goreng mamak yang beraja dihati Miss Team Leader. Macam mee goreng tadi penuh dengan isi ayam dan rasa mamak tue yang penting,

Tataaaaaa yang ini yang spesial dekat sini, Nasi Goreng Wariasan Ibu. Haaa yang ini baru aku punya. Nasi goreng ini macam betuk gunung berapi yang nak meletop di dalamnya ada lauk (lava yang akan meruap ruap keluar ke ladang gandum pop jadilah..... bukan iklan coco curch yerr) dan di kelilingi dengan keropok belinjo. Sumpah azab kenyang bila nak kena habiskan ini. Banyak sungguh isi lauk dan nasi. Lepas makan kena lari 8 padang baru kuruih balik.





Nak tahu dekat mana ini?



Boooooommmmm (party poppers sound)


Restoran Warisan Ibu, Jalan St. Patrick Tawau. 



Okay dah siap ada peta dari google, bolehkan nampak jalan ke Warisan Ibu. Okay, kepada sesiapa yang tak tahu nak makan apa di mana, when you are here in Tawau. Datang ler ke restaurant Warisan Ibu  yang terletak di tengah Bandar Tawau, berhadapan bangunan LA Hotel. Warisan Ibu menyediakan makanan tempatan, makanan indonesia  dan makanan barat.

Lepas makan masing-masing duk tayang perut.



*Potpetpopet: gambar gua tak ada dalam cerita ini Y_Y