Akhirnya aqim berada di rumah bersama keluarga keluraga terchenta setelah dua bulan lebih terpisah dek laut china selatan. Di hari-hari terakhir ramadhan aqim baru dapat berpuasa di rumah dan bersama-sama membuat persiapan untuk hari raya. Siyes sekarang ini dalam hati ada taman (mood happy).
8/27/2011
8/24/2011
wordless wednesday 2
Padah Tak Sabar
Kereta dipandu abah meluncur laju memasuki susur jalan raya dan menghala ke arah pusat bandar Alor Gajah. Hujan renyai-renyai yang menemani dari petang tadi masih belum berhenti menampakan musim hujan dah tiba. Perjalanan yang lama menyebabkan punggung ini dah tak tahan duduk melekap pada kusyen kereta honda civic lama itu.
Kini, aku merasa lega kerana kami sekeluarga singgah disebuah restaurant yang menyediakan masakan thai. Laju aku berlari ke arah dapur mencari-cari bilik tandas kerana dah tidak tahan nak membuang hajat sambil mata duk usha-usha dapur sebab nak pasti keadaan dapur bersih atau tidak. (ada motif kew?)
Memang cerewet pasal tempat makan. Macam biasa aku oder makanan faberet, nasi goreng . Tak sampai 10 minit keluar pelayan tadi dan didalam dulang yang dibawa itu ada tom yam yang ibu oder.
'Cepat pulak siap tapi air tak siap lagi' bisik aku. Namun rasa lapar tidak lagi mampu ditahan lalu aku usha tomyam ibu.
'Minta sikit ibu?' pintaku
'Nak, makan elok-elok', ibu mana yang tak sayangkan anak.
Sruppppp sruppppp aku menghirup kuah tomyam dengan kerakusan. Bila masuk suapan yang ketiga aku terhenti dengan mata terbeliak. Mulut aku mula terasa pijar dan kebas-kebas lalu air mata mengalir tanpa halangan. 'Argggggh pedaaassss lahhhh' jeritan aku ini telah mengalihkan pandangan orang lain yang duk makan kat kedai itu ke arah meja kami. Sah aku tergigit cili hidup yang disangka sayur sedap.
Nasib tidak menyebelahi aku masa itu, air yang dioder tadi masih belum siap. Dalam hati aku nak cakap jer celaka, kenapa air lambat siap dari tomyam. Lantas aku lari melompat kepedasaan pergi ke tepi kedai lalu menadah air hujan dan masukan air ke dalam mulut yang masih pijar-pijar sambil menangis terjerit terlolong. Malam itu aku jadi tontonan orang ramai yang makan kat kedai itu. Sungguh memalukan masa tue, selepas rasa pedas hilang aku duduk kat meja dan time tue dah tak ada mood nak makan dah. Rasa nak menyorok bawah ketiak mak pun ada. Selepas kejadiaan itu aku mula anti makan benda yang pedas-pedas dan kedai masakan tomyam.
*happen when is was a young boy....
Labels Membebel
aku,
kisah silam,
life
8/23/2011
Makan dan makan lagi
Assalamuaikum dan selam ramdhan yang dah masuk hari yang ke-23 dengan harapan mudah mudahan ramadhan kali ini dapat kita memperoleh kejayaan dalam mengawal hawa napsu dan mengurus emosi dengan bijak. Kali ini aqim nak kongsi serba sedikit pasal menu makanan yang menjadi pilihan semenjak belajar di Tawau Sabah ini. Since, selera makan pun dah pulih, kalau tak bila buka puasa jerr duk celup biskut Hup Seng dalam air susu. Makanya berat badan dalam bulan puasa nie dah turun mendadak, masakkanya seluar semua habis longgar sampai terpaksa ikat belt ketat-ketat. Berbalik kepada makanan, bila masuk bulan puasa sahaja makanan ini menjadi lebih fames meskipun dah biasa dijual kat kedai atau warung di Tawau ini. Tetap menjadi pujaan hati orang ramai. Memang sedap dan marvelous katakan.
Nasi kuning merupakan salah satu menu pilihan makanan utama masyarakat di daerah Tawau ini. Nasi ini dipanggil nasi kuning disebabkan kerana nasi ini berwarna kuning dan agak wangi serta berlemak apabila dimasak bersama santan. Nasi nie hampir sama hebatnya dengan nasi lemak kerana menjadi pilihan orang ramai terutamanya waktu sarapan. Kebiasaannya nasi kuning nie dimakan bersama lauk ikan kayu atau ayam yang dimasak sambal atau kurma berserta telur.
Seterusnya, nie adalah merupakan nasi lalap yang juga merupakan salah makanan yang popular kat Tawau nie. Sebut sahaja nasi lalap siapa sahaja yang tak pernah merasakan masakan yang simple lagi berkhasiat ini. Nasi lalap seperti yang ada dalam gambar ini macam nasi biasa tetapi kelainan dia adalah terdapat ayam goreng yang sedap. Biasa kalau makan kat gerai-gerai nasi lalap akan diletak dua ketul ayam oreng, puas nak habiskan. Then, ada juga sayur segar yang dicelur terlebih dahulu dan yang paling memainkan peranan bagi memantapkan nasi lalap ini adalah dia punya sambal. Lain dari sambal biasa kerana sambal ini mempunyai rasa yang istimewaanya tersendiri.
So, sekiranya anda melancong ke Sabah terutamanya di bahagian Tawau ini, jangan lepaskan peluang untuk mencuba makanan yang sedap ini seperti nasi kuning dan nasi lalap.
Labels Membebel
diari dapur bujang,
makanan,
nasi kuning,
nasi lalap,
ramadhan,
tawau
8/21/2011
Diari Dapur Bujang: Tortila Ayam
Assalamuaikum dan selamat berpuasa semua. Kali ini aqim nak citer pasal pengalaman memasak masakan yang baharu maksudnya pertama kali dibuat. Menu kali ini merupakan masakkan yang ringkas lagi mudah "Tortila Ayam" namanya, cam gempak jer nama dia. Baru kali pertama buat katakan maka memang semuanya ada yang jadi ada yang tak berapa nak jadi. Bentuk Tortia kali nie semuanya jadi macam roti KIRAI yang dah dicarik-carik dan dilenyek dengan kereta api. Teruk bebeno nampaknya kan. Nie semua gafra-gara roti tortila yang dibeli kat Giant macam siouuuut. Bila nak kelepet disikit dah patah sana sini.
Ini merupakn isi yang akan diletakkan dalam roti tortila. Bahan-bahan isi dia adalah seperti berikut:
- Ayam dipotong dadu dan direbus terlebih dahulu. Kemudian dimasak dengan sos cili atau tomato dan sedikit bawang putih.
- Cili bengala dan tomato dipotong dadu.
- Mayonis, serbuk lada hitam bawang besar dan bawang merah
- Semua bahan-bahan ini digaulkan sekali sampai sebati.
Nie lah rupa nya Tortila ayam aku kali ini siyes dah macam roti kirai. Apa-apa pun sedap doe rasa dia. Hahahaha sengal mintak puji.
Mood: Tension sebab Giant nyer roti ruined my Tortila Ayam.
Labels Membebel
diari dapur bujang,
makanan,
selera,
tortila ayam
Indahnya Sabar
Dalam menghirup udara awal pagi yang segar dan dingin malam mula menusuk tubuh ini yang agak berisi. Sungguh tenang dan mententeramkan daripada suasana siang tadi yang agak tidak begitu selesa dilalui. Aqim terpikir sejenak mengenai kesabaraan kita dalam menghadapi segala musibah atau masalah yang datang dalam hidup kita. Musibah atau masalah yang kita alami ini menyebabkan kita terpaksa menempuhinya meskipun pahit dan kelat untuk meneruskan perjalanan. Kadang-kandang kita merasakan kehidupan atau urusan seharian kita ini sebagai seorang khalifah di bumi ini agar sukar dan tidak begitu adil kepada kita. Kita akan merasa kekecewa, hiba, kehampaan dan sedih berpanjagan apabila apa yang diimpikan oleh kita tidak dapat atau menjadi. Kita akan mula hilang pertimbangan, mencampakkan kesabaran di dalam bulan Ramadhan yang dikenai sebagai bulan menguji kesabaran. Di saat itu kita mula mencari punca kepada permasalahan yang timbul. Maka munculah pelbagai persoalan seperti siapakah yang bersalah dalam situasi, bagaimana ini semua boleh terjadi, kenapa ini terjadi kepada diri ini, kenapalah dunia ini tidak adil kat aku dan pelbagai lagi persoalan yang timbul.
Namun begitu, korang harus ingat bahawa Allah sentiasa bersama kita. Jangan bersedih kerana kesedihan terhadap musibah itu akan melahirkan pelbagai musibah yamg lain. Hal ini kerana ketika sedang bersedih dengan dugaan ini, maka kita akan menambahkan lagi kedukaan kita. Betul tidak, contohnya kita bersedih kerana kita telah dikhianati oleh rakan baik kita. Ketika kita sedang bersedih mengenangkan musibah itu, hati yang lemah itu akan mula goyah dek kerana bisikan nafsu amarah dan kita akan mula membuat pekara yang tidak sewajarnya. Sepatutnya kita bersabar dan menganggap ini adalah dugaan dari-Nya. Kita diberi pelbagai kenikmatan,
diberi oksigen untuk bernafas, diberi tubuh badan yang sihat,
dianugerahkan akal, senang citer semua nikmat Allah bagi kepada kita. Insyallah apabila kita redha dengan ketentuan Nya nescaya Allah akan redha dengan kita. Kerana kita masih percaya akan rukun iman yang ke-6 , beriman kepada qada dan qadar. Ingatlah bahawa takala kita dalam musibah janganlah kita bersedih dan menunding jari ke arah orang lain sebaliknya kita memuhasabah diri, yang baik kita tambah dan mana yang tidak baik kita tolak. Sesungguhnya sabar itu manis rasanya dan indah untuk dirasai. Bersabarlah meskipun diri mu merasakan letih kerana bersabar. "Sikit-sikit bersabar, penatlah gitu".
Sebenarnya apabila kita bersabar, kita sebenarnya dianugerahkan satu rasa yang
tidak semua orang mampu merasainya, iaitu rasa ketenangan. Ketenangan
ini bukan semua orang mampu merasainya melainkan orang-orang yang
menjalani kehidupan mengikut apa yang Islam anjurkan. Percayalah dengan
sifat sabar ini, dalam keadaan tidak sedar kita telah menyelamatkan
banyak hubungan persahabatan daripada terputus, dengan sifat sabar ini
kita boleh hidup aman damai seperti sekarang, dengan sifat sabar ini
kita menjadi dewasa sehingga kini. Lihatlah betapa besarnya impak sabar
untuk menjadi kehidupan harmoni. Sabar itu bukan perlu pada waktu-waktu tertentu sahaja, tetapi ia perlu
setiap masa dan dimana jua kerana hidup kita tidak pernah lari dari
diuji dengan pelbagai jenis dan bentuk ujian. Teruskan langkah dalam
kehidupan ini tanpa menoleh ke belakang lagi, kerana di depan sana ada
syurga menanti kita. Cubalah memahami untuk diri kita difahami, cubalah
bertolak-ansur, supaya orang lain juga mudah bertolak ansur dengan kita.
Janganlah sentiasa mencari salah orang lain, supaya orang lain tidak
mencari salah kita. Renung-renungkan dan sematkannya dihati mu.
Sekian Sahaja....
Subscribe to:
Posts (Atom)