Assalamuaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sayang buat semua.
Kali ini nak bagitau tentang makanan. Ahad lepas (mean semalam) merupakan hari makan-makan buat perut-perut insan yang sentiasa lapar. Diyakini ada bela anak naga dalam perut. Padan buncit. hahaha. Okay kali ini projek makan-makan telah diketuai oleh Miss Mj dan dibantu oleh krew-krew (sila rujuk bawah) yang sentiasa ada masa untuk projek ini.
Kali ini keluar makan untuk brunch (breakfast dan lunch), macam mana boleh jadi brunch sebab waktu makan tue in the middle antara breakfast dan lunch. Alang-alang terus jer brunch.
Miss Amirah (Team Leader)
Krew Makan-makan: Zul, Shafiq & Afifi
Minuman paling menyegarkan pada saat dan ketika itu, Avocado Blend. Siyes sedap ini kerana 100 % avokado dalam cawan di atas malah rasa lemak-lemak berkrim avokado tue buat rasa nak sedut sampai habis, srrooot srrooott. (Sengaja bagi korang teleng tengok ini)
Pekena Roti Cobra sebelum makan betul-betul. Cobra??? Letak kari cobra ke? Entahlah mana datang nama cobra yang penting atas roti canai tue ada telur mata dan kuah banjir. Yang ini aku punya sebab lapar nak arwah kot selepas 6 jam dari aku bangun subuh, barulah dapat hidu dan rasa makan. Azab tak azab hehehehe. (Ada banyak cobra ni dekat kedai mamak kat Tawau)
Mee goreng mamak yang di oder oleh Afifi. Siyes kenyang dengan dilimpahi dengan isi ayam dalam mee goreng mamak ini. Terasa mamaknya.
Om om om om yum, nasi ayam mayonis. Rupanya macam lebih kurang nasi ayam biasa cuma olahanya pada ayam goreng yang diletakan mayonis. Yang nie dioder oleh Syafiq.
Yang ini kuay teow goreng mamak yang beraja dihati Miss Team Leader. Macam mee goreng tadi penuh dengan isi ayam dan rasa mamak tue yang penting,
Tataaaaaa yang ini yang spesial dekat sini, Nasi Goreng Wariasan Ibu. Haaa yang ini baru aku punya. Nasi goreng ini macam betuk gunung berapi yang nak meletop di dalamnya ada lauk (lava yang akan meruap ruap keluar ke ladang gandum pop jadilah..... bukan iklan coco curch yerr) dan di kelilingi dengan keropok belinjo. Sumpah azab kenyang bila nak kena habiskan ini. Banyak sungguh isi lauk dan nasi. Lepas makan kena lari 8 padang baru kuruih balik.
Nak tahu dekat mana ini?
Boooooommmmm (party poppers sound)
Restoran Warisan Ibu, Jalan St. Patrick Tawau.
Okay dah siap ada peta dari google, bolehkan nampak jalan ke Warisan Ibu. Okay, kepada sesiapa yang tak tahu nak makan apa di mana, when you are here in Tawau. Datang ler ke restaurant Warisan Ibu yang terletak di tengah Bandar Tawau, berhadapan bangunan LA Hotel. Warisan Ibu menyediakan makanan tempatan, makanan indonesia dan makanan barat.
Lepas makan masing-masing duk tayang perut.
*Potpetpopet: gambar gua tak ada dalam cerita ini Y_Y