2/17/2011

Kisah Outing Edisi Bas Mini

Salam manja MJ (malam jumaat) wat korang semua yang telah berjaya merempuh masuk blog aku nie.

Kali aku nak share pengalaman aku kuar outing ke bandar dengan menaiki Bas Mini TAPI bentuk dia mmg ianya merupakan sebiijik van. Bas nie memang merupakan salah satu element trasportation yang ada di Tawau nie. Memang dah lama giler aku tak naik bas nie tuk gi bandar ( masa tue jadi jakun balik) sebab pas abis sem satu masa foundation dulu terus aku ngan kekawan aku sewa kete tuk gi bandar atau tempat lain. 

Kenapa perlu naik Bas Mini nie....
  • Menjimatkan sen $,  berkoskan RM 10 utk tambang gi dan balik. Kalau sewa kete kos belanja tue akan berlebih-lebih.
  • Lebih cepat sampai dan selamat, ni disebabkan derebar van nie semua dilatih dan terlatih memandu secara berkhemah yerp.
  • Senang dan mudah berurusan, telepon jer dereba bas tue cakap kat mana dan bila masa, kompom2 korang dijemput ambil.
  • Sebagai alternatif lain pabila kete sewa kat kampus penuh dibooking. 
Tips bila naik Bas Mini nie....
  • Pastikan kaki korang sehat walafiat sebelum nak tawaf satu bandar. Sebab korang kena menapak kat bandar dengan menggunakan kaki yang ada. Siyes kaki korang akan kebas-kebas bila balik nanti.
  • Pilih tempat duduk yang strategik, seat yang paling belakang sekali dan di hujung atau tempat yang tak memerlukan korang bergerak bila ada orang lain nak kuar masuk bas.
  • Pilih tempat yang ade tempat yang korang boleh letak kaki supaya tak terasa gegaran enjin bas tue.
Kaki kaku
 
Bestnnya naik Bas Mini nie..
  • Boleh bukak tingkap leluas sebab bas tue tak de penghawa dingin.
  • Boleh merasakan kemeriahan outing reramai, rombongan dengan kelas mate.
  • Boleh tido dalam bas dan tak terasa letih.
Separa sewel dok sedut angin...

Kurengnye pabila naik Bas Mini nie...
  • Terpakasa dok berhimpit himpit bila dah ramai orang.
  • Kena tahan panas bila hujan sebab tak de aircond.
  • Tak leh nak menapak jauh jauh lenguh kepala lutut nak jalan jauh.
Fully bas..

Pekara yg annoying bila naik Bas Mini nie..

Aku rasa bukan aku sahaja yang wat benda nie tapi semua bebudak maktab juga wat benda yang sama - ' Bila mula-mula naik bas, mulalah korang akan duk bising macam ayam nak bertelur duk berciter antara satu sama lain tapi bila dah dua tiga selekoh mulalah korang duk senyam dan ada yang dah tersengguk-sengguk. Dan seterusnya korang akan duk senyap ketiduran dalam bas tue'. BETUL kan apa yang cakap nie...

Hahahaha, apa pown chill and relaks lah kan... memang naik bas semalam mengimbau kembali jaman aku masa mula-mula datang kat Tawau nie. Masa tue tiap tiap kali nak ke bandar tue lah trasport yang kitaorang selalu naik. Skrang nie dah jarang naik sebab duk sewa kete sebab dah ade lesen dan nak beli barang banyak.

P/S:
Ikan kaloi renang-renang girang,
Berenang riang  dalam kolam ikan,
kenangan lama jangan dibuanag,
Biar duk segar dlm ingatan..



2 comments:

krole said...

wuahhh!!lbh bek nek bas mini kalo g2~

Aqim Razali said...

hahahaha....

memang syok klu naik rerami ngn kekwan...