Assalamuaikum dan selam ramdhan yang dah masuk hari yang ke-23 dengan harapan mudah mudahan ramadhan kali ini dapat kita memperoleh kejayaan dalam mengawal hawa napsu dan mengurus emosi dengan bijak. Kali ini aqim nak kongsi serba sedikit pasal menu makanan yang menjadi pilihan semenjak belajar di Tawau Sabah ini. Since, selera makan pun dah pulih, kalau tak bila buka puasa jerr duk celup biskut Hup Seng dalam air susu. Makanya berat badan dalam bulan puasa nie dah turun mendadak, masakkanya seluar semua habis longgar sampai terpaksa ikat belt ketat-ketat. Berbalik kepada makanan, bila masuk bulan puasa sahaja makanan ini menjadi lebih fames meskipun dah biasa dijual kat kedai atau warung di Tawau ini. Tetap menjadi pujaan hati orang ramai. Memang sedap dan marvelous katakan.
Nasi kuning merupakan salah satu menu pilihan makanan utama masyarakat di daerah Tawau ini. Nasi ini dipanggil nasi kuning disebabkan kerana nasi ini berwarna kuning dan agak wangi serta berlemak apabila dimasak bersama santan. Nasi nie hampir sama hebatnya dengan nasi lemak kerana menjadi pilihan orang ramai terutamanya waktu sarapan. Kebiasaannya nasi kuning nie dimakan bersama lauk ikan kayu atau ayam yang dimasak sambal atau kurma berserta telur.
Seterusnya, nie adalah merupakan nasi lalap yang juga merupakan salah makanan yang popular kat Tawau nie. Sebut sahaja nasi lalap siapa sahaja yang tak pernah merasakan masakan yang simple lagi berkhasiat ini. Nasi lalap seperti yang ada dalam gambar ini macam nasi biasa tetapi kelainan dia adalah terdapat ayam goreng yang sedap. Biasa kalau makan kat gerai-gerai nasi lalap akan diletak dua ketul ayam oreng, puas nak habiskan. Then, ada juga sayur segar yang dicelur terlebih dahulu dan yang paling memainkan peranan bagi memantapkan nasi lalap ini adalah dia punya sambal. Lain dari sambal biasa kerana sambal ini mempunyai rasa yang istimewaanya tersendiri.
So, sekiranya anda melancong ke Sabah terutamanya di bahagian Tawau ini, jangan lepaskan peluang untuk mencuba makanan yang sedap ini seperti nasi kuning dan nasi lalap.
4 comments:
adeeeh!
beliur ku terus tgk mknnmu ni taw!
dush dush!
mmg sedap bah nie nasi kuning dan nasi lalap...
Amboi sedp2 npk. huhu. :)
mmg sedap sgt..
Post a Comment