11/09/2012

Hari terakhir

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat petang semua.

Hari ini merupakan hari terakhir semester bagi tahun 2012. Ini bermakna berakhirlah Sem 2 Tahun 2 perjalanan aku dalam menjadi pelajar di IPG ini. Fuuuuuh nafas lega dapat dihelakan dan kini aku bersemangat untuk bercuti di rumah yang dirindui termasuklah orang yang dalam rumah tue sendiri.

Dalam Hati ada Taman, Dalam Taman ada Bunga 



Esok pagi  baru aku bergegas balik sebab warrant tiket yang diberikan telah menetapkan tarikh penerbangan bersama Air Asia pada 10.11.12. Aaaaaaaaa chantek betul tarikh yang diberikan.  Saat dan ketika ini aku tengah......




Mengira waktu........

11/05/2012

Kertas




(˘◦◦┐˘) Releks dulu ada empat hari lagi untuk pulang kembali ke pangguan keluarga terchenta. Perasan sekarang ini boleh digambarkan macam bunga kertas dekat atas ini. Macam gitulah perasaan bila sudah nak cuti semester dan dapat jumpa kembali keluarga di seberang Laut China Selatan  (˘ʃƪ˘).. Sekarang ini tinggal satu lagi kertas peperiksaan yang perlu ditemu duga oleh aku sebelum tamat sem ini. Habis sudah satu sem, "(`-`) (._. ) (· - ·) ( ._.) ( ' -')"  cepat tak cepat masa berlalu. 

............... (˘o˘). Mengantuk arr pagi penat menjawab kertas pkp3108 td , tidur dulu kabai.


10/28/2012

Pecutan Terakhir

Kini tiba masanya.

Tiba masanya aku bertindak.

Langkah semakin pantas.

Namun godaan datang menyelubungi nafsu.






Arggggh persetankan semua itu.

Fokus pada yang utama pada Pecutan Terakhir.

# Wish me luck for exam this final semester.

# Must call or texting my mom to gets her blessing before tomorrow exam :).

# Make sure take care of my health for this two week.

# Study smart not so hard.

Jika punya keinginan dan keazaman yang tinggi jangan lenturkan. Terus berusaha. Suatu hari kau akan senyum gembira.

" Wahai tuhanku, bahawasanya aku berlindung dengan Engkau dari kelemahan, kemalasa, ketakutan, kekikiran, kegundahan dan dari azab kubur".

10/27/2012

D

Huruf 'd' untuk:

- dada
- dadu
- daki
- dagu
- dahi
- daif
- daki
- duka
- datuk
- dapur
- dasar
- dakap
- dedak
- dulang
- daging
- dilema
- DISKRIMINASI

10/26/2012

Hari Raya Korban

Selamat Hari Raya Korban buat semua kenalan. Semangat beraya meskipun di tempat orang. Entah kali yang keberapa entah. Perasaan nak pulang membuak-buak sebab tengah mengidam makan sate. Tak pe tak pe fokus pada yang perlu. Biar selesai baru terbang pulang. Selamat hari raya. Adios. 

9/27/2012

Berongsang


Mungkin cara aku ini disilap disilap tafsir olehnya. Bukan niat dihati hendak menguris hati dan perasaan orang. Bukan sifatku yang suka memberongsang terhadap orang lain. Hanya satu jadi petanda dalam hidup aku ini. Paling tidak suka dimarahi oleh orang lain jika berlaku maka akan dibenci orang itu seumur hidup ku ini. Oleh itu, agak sukar untuk aku untuk memarahi sesorang tanpa sebab kerana aku tak nak dibenci orang. Kedamaian dan ketenagan menjadi pilihan hati bukannya uring-uring dan kekacauan.

IMAM Syafie ada menegaskan: “Marah adalah satu di antara panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu hindarilah ia agar kamu dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya.”

*bersongsang = marah-marah, meradang, memanas.
*uring-uringan = marah

9/26/2012

Kejanggalan

Aku akan

Canggung

Kekok

Awkward

# Bila mula-mula jumpa orang yang baru kita kenal.

# Bila mula-mula nak mula benda yang betul betul baharu dalam hidup aku.

# Bila bertembung dengan crush yang selalu kita usya dari jauh.

# Bila disoalkan soalan yang agak sukar untuk dijawab oleh aku, akan aku kelentong mereka.

# Bila orang bercakap dengan aku tetapi aku tak dengar, sumpah aku awkward takut tersalah    cakap.

# Bila orang yang kita kenal buat tak tahu dengan kita. Siapalah diri ini nak berkawan dengan dia.

# Bila kawan kolej yang selalu duk main tweet atau komen dekat blog tapi bila bersemuka senyap membisu macam tak kenal.

* Hidup ini penuh dengan perasaan kejanggalan. Tanpa perasaan ini siapalah kita sebagai manusia biasa.

9/16/2012

Masih ada semangat

Assalamuaikum dan Selamat Hari Malaysia.

Entah kenapa hati ini tergerak untuk buka blog sendiri.
Bila tengok semula lama sangat tak menaip sesuatu dekat blog sendiri.
Rasa rindu nak menaip pun datang tak diundang.
Itu maknanya 'Masih ada Semangat Lagi'.

Upload muka toyer
 Kbai

5/31/2012

Bukan Milik Kita

A: Apakah yang dipanggil pilih kasih?


B: Berkasih sayang pada semua tanpa memilih


A: Itukah yang kau amalkan?


B: Kasih sayang bukan milik kita tapi hanya pinjaman ilahi. Jadi amalkan amalkan selalu selagi kita mampu.


A: padat bermakna telus saksama..

5/23/2012

Hoiii sesaat kau datang


Tupai: Sesaat kau datang, hooooi
Helang: Duk jengah mender tue?  sepoke ngn kaki kang baru tau

4/22/2012

Stuck

Anak-anak kecil angin masih berkerjar-kerjaran dihening malam bertemankan bayu malam yang membelai bertuip lembut. Datangnya mereka dari lembah seberang.  libasan ombak menghempas pantai seakan-akan  tiada hentinya sambil menanti datangnya cahaya subuh menyinari ufuk timur.

but I'm stuck.

Jarum jam Quartz ligat berputar bermain waktu agar tidak lari dengan hukum masa. Bumi ciptaan tuhan masih lagi berputar pada pasaknya. Denyut nadi  seperti biasa, tiada lagi premature ventricle contraction dijantung ini. Manusia lain, masing-masing dengan tugas mereka.

but I'm stuck.

Sudah terhenti ke segala fungsi-fungsi mereka otak, saraf, dan organ senori ini?

Life will never run out of batteries. Learn to let it go. That way peace will hunt you down.

Guilty Conscious


Damn..

What i have done are right now.



# “Every man is guilty of all the good he didn't do”

4/21/2012

Tak memberangsangkan langsung


Petang nan nyaman menjadi hiburan buat si pipit yang pulang keriangan terbang rendah ke kamar ranting. Namun buat aku? Terfuck up sepanjang perjalanan. Aku jadi paranoid android dengan diri sendiri bila tersepit di antara dua insan. What can i do now?. Sumpah terasa palat sepanjang perjalanan. Mencik betul sebab semua benda tak memberangsangkan langsung. Bila nak settlekan nie semua? lets masa yang menentukan bila dah kena timing dia nanti tau taulah aku bertindak cara aku sendiri. Adios.

4/18/2012

Gandaan sepuluh


Bila pekerja setesen minyak yang dah mahir dalam menguruskan mesin duit. Mahirnya disebabkan orang lain merana. Bila orang sebut isi minyak tiga henggit dengan laju dan yakinnya dia menekan untuk harga tiga poloh ringgit. Takkan bangang tue tak pasal-pasal guwa rugi beso, geram jer rasa hari ini.

Buka ruang untuk hati ini.

Berkocaknya air didasar hati tak siapa yang tahu.
Mungkin ini diselindung dengan muka yang selama.
Bukan aku tak peduli.
Bukan aku tak kesah.
Bukan aku tak fikirkan.
Bukan aku membiarkan.
Bukan aku berhati kering sangat.
Tetapi sebenarnya,
Ingin juga aku berkata-kata.
Ingin juga aku meluahkan segalanya.
Ingin juga aku berbicara.
Ingin juga aku menyempurnakanya.
Namun, adakah ruang untuk hati ini
agar dasar hatinya tak berkeroh......

Hari ini rabu rasa nak main ini.


#Biar bergasak main ini dengan baju uniform bulan sabit merah malaysia.

Masih belum selesai

Jarum jam Quartz menujukkan jam dua pagi, masih ekeslen menjalankan tugas sebagai penanda waktu gagah tergantung  pada dinding meja belajar.

Di atas meja belajar sengaja dibiarkan dengan kertas-kertas yang disalah cetak yang berterbangan dituip angin luar.

Lenguh rasanya bahu, lumbri cales dan lumbricales yang saling bergilir-gilr bergerak membentuk pergerakkan yang membolehkan guwa menghentak papan kekunci untuk menyiapkan tugasan.

Rasanya hampir seminggu begini keadaannya.

Belum rasa lega lagi kerana masih belum selesai.

Biarlah orbikularis okuli terkatup sebentar merehatkan yang lain.

#Having a date with Camomile tea before guwa sleep, nyamai. (bila boleh tonton battleship)

4/04/2012

Baca Hati Orang

Baca hati orang untuk menjaga hati mereka,
Baca hati orang untuk tidak kehilangan mereka,
Baca hati orang untuk buat mereka gembira,
Baca hati orang untuk tidak kelihatan alone forever
Baca hati orang untuk kebaikan mereka,
Baca hati orang untuk melindungi mereka,
Baca hati orang? Ingat senang ke?
Hati sendiri pun tak dibaca.
Baca hati orang, lebih baik baca buku.

3/23/2012

Tuhan Beri Aku Cinta


Muzicons.com (Play the song first)


Walau aku senyum bukan berarti
Aku selalu bahagia dalam hari
Ada yang tak ada di hati ini
Di jiwa ini hampa

Ku bertemu sang hawa di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta

Ku bertemu sang hawa di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta


Luahan rasa hati kerdil ini yang hanya ingin memiliki cinta kerana diri ini hanya manusia biasa. 

3/13/2012

kosong

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Bangun pagi-pagi dengan mata masih berat hendak dibuka masih terpalit lagi air luir basi berkerak di pipi. Terus berlari buka pintu bilik, guwa tengok hostel kosong. Kekosongan tanpa penghuni gara-gara cuti seminggu yang tinggal hanya dua ekor kucing belaan anak abah. Kosongnya telah memberikan lesen besar untuk guwa lari-lari bogel di tengah-tengah hostel. Harap maklum benda itu tak akan berlaku kerana guwa masih waras.

Perut kosong kerana tahan makan sebab sumber makanan sudah kehabisan T_T. Puas duk punggah barang dalam gobok alamari cari sisa-sisa makanan yang ada. Ayat sadis minta pelempang mak jemah. Sebenarnya tengah puas cari ringgit malaysia kat dalam kocek seluar selepas tengok dalam wallet, kosong tanpa sesen. Oeeemmgeee, cuak gelabah ayam tak tahu nak buat apa nie. Nak menapak ke bandar dah jauh berbatu untuk mendapatkan mesin atm. Guwa perlukan bantuan mercy malaysia eh silap bantuan dari anak abah.



Kosong hari taklah begitu kosong sangat kerana siap ada lagu tema dia lagi gitueww meskipun lirik lagu nie takada kena mengena dengan kes kosong guwa hari yang penting ada perkataan 'kosong'. Kelas kan harharhar. Lagu Kosong dari Najawa Latif.


Pakai baju semart smart bancuh air melo cicah biskut sambil berangan makan kat bistro mewah. Yang penting ada wawasan tak gituew. harharhar




   

2/18/2012

I need to be strong

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
  
I need to be strong. "Ya Allah, berikanlah hambaMu ini kekuatan dan lapangkanlah dadaku agar dapat meneruskan perjuangan menimba ilmu hingga ke akhirnya...AMIN."





   

Tertinggal

Kemarin kau tertinggal.

Semalam kau tertinggal.

Hari ini kau masih tertinggal.

Esok mungkin kau tertinngal.

Lusa kau akan tetap tertinggal.

Sudah-sudahlah tinggalkan yang tertinggal itu.

Pastikan  ada yang tak akan meninggalkan kau bersendirian.

Jawapannya ada pada yang tertinggal itu.





   

2/14/2012

Sesuatu yang Terindah-Kapalai *& Mabul #2

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Curi-curi update dalam kelas math, kasi hilang mengantuk kalau jari jemari menaip sesuatu.

 Penyu hijau menikmati renangan terapung yang baru dipelajari
 Tengah syok syok snorkeling tetiba jer hujan, spoil mood.
 Hujan lebat bukan halangan untuk menikmati keindahan dasar laut yang terindah ciptaan yang Maha Esa, Subahannallah, sumpah cantik macam dekat dalam television ikannya, batu karangnya.
 Masih tak puas puas melihat yang terindah di dasar laut, ohsome.
 Nice, anak abah membantu auntie yang dalam keadaaan yang semput, hahahaha
 Kalau tak silap guwa nie dah kat Mabul, pemandangan dasar laut lagi cantik dan mengujakan
 The Trio Unie
 Guwa yang gelap akan tetap terus gelap.
 Anak abah yang paling selekeh, aktiviti ronda-ronda sekitar Pulau Mabul, tengok kampung orang.
 Dah macam romnbongan sekolah.
 Mybeautiful so sweet. huhuhuhhu
 Menurut cerita yang nie bekas pelantar minyak. Siyes cantik view nie.
 Terkejar atau mengejar?
 Badak melompat.
 Mybeautiful got a new ohsome gitf.
 Ada ikan kering ek, boleh dibeli bawak balik.
 Rumate guwa try buat bising kat kampuang orang, buat malu jer..
 Cantikkan pantai kat sini, susah nak cari kat tempat lain
Dua orang pelancong asing cuba buat marathon sepanjang pantai, ahaksss. 

Owkeh owkeh itu sahaja untuk kali nie.
Terima kasih kerana sudi membaca ini.:)

               

Rabak

Kelam hari semakin cerah dengan cahaya dari ufuk timur.

Kedengaran rabakan suara bergempita dari lorong egoism

'Kau hitam, kau hitam, kau hitam, kau hitam'

Riuhnya boleh didengar sampai hunjung galaksi.

Sesungguhnya rabakan suara dari lorong egoism bagaikan gagak hitam yang bersembunyi disebalik kegelapan kelam yang tidak pernah melihat dirinya yang benar di bawah cahaya kecerahan.


Sesuatu yang Terindah - Kapalai & Mabul

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Kali ini guwa nak cerita pasal Sesuatu yang Terindah - Kapalai & Mabul. Just nak kongsi pengalaman guwa buat kembara pulau  selama 3 hari 2 malam. Ttttettt tak baik menipu 1 hari jerrr guwa berada di Pulau Kapalai dan Mabul untuk aktiviti snorkeling dan mengembara . 

Sungguh tak disangka-sangka impian guwa nak pergi ke pulau -pulau yang ada kat Sabah nie menjadi kenyataan meskipun hanya untuk satu hari. trip kali ini kira memang trip budget kerana total wang poket yang perlu dibelanjakan adalah RM 95 sahaja termasuk pengangkutkan dari kampus dan makan tengahhari.

Guwa dengan exited nya bangun awal bersama-sama anak abah  tekun menyiapkan roti inti jem 1 Msia sebagi bekalan untuk trip kali ini sebagai bahan kunyahkunyah dalam bot. Untuk pertama kali nya guwa dan rakan-rakan yang lain seramai 15 orang disumbatkan dalam sebuah van dari kampus ke jeti umum di Semporna.
 Sampai kat Jeti Umum di Semporna yang merupakan pengkalan jeti untuk bot-bot ke pulau-pulau terdekat.
 Muka kegirangan dari Afifi, sah-sah tak ingat dunia tue .
 Anak abah dengan muka usha dugong bertong gas
 The another boat, ramai sangat sampai terpakasa guna dua bot.
 Rumah air di sepanjang perjalanan ke Pulau Kapalai.
 Rumah kebun?. Betullah rumah rehat bagi orang yang membela mengusahakan rumpai laut.
 Kapalai's Island
 Ready to go??? Yeah
Anak abah yang sengal cuba tahan nafas gaya makcik ninja


Guwa  akan sambung citer next time, mata dah ngantok esok ada kelas pukul 7 pg. 
Apa-apa pun terima kasih kerana sudi membaca ini semua. :)





  

KunyahkunyahMalamIni

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Malam nie tak kira bulan mengambang tau bunyi cengkerik yang membingit, kehadiran anak abah dalam bilik guwa telah merubah susana bilik pelajar yang cantik sederhana kemas kepada medan arena dapur master chief. Kali ni shafiq azmie telah memperkenalkan resepi baru beliau yang katanya hasil dia belajar seni kulinar kat obersea dulu.
 Banyaklah ko punyer resepi dari obersea shafiq azmie, kalau yang ini opah jiran guwa yang ngaji kat sekolah pondok lagi pro kalah master chief hari tue.
 La Pasta Creamy Mushroom & Onino dari San Remo jadi bahan santapan bagi akitiviti kunyahkunaymalamini.
 Sekali lagi periuk nasi panasonic jadi bahan pemenuh napsu serakah shafiq azmie.
Masa untuk kunyahkunayh sambil layan cerita 'si gadis tweet'.






   

2/11/2012

Just like in my dream

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Esok akan ke Mabul Island

Mr.Google














Tidur dulu ek, esok nak berenang kat pulau mabul. Ada sesiapa nak ikut? lain kali eh. hahahahaha. Kbai.



KunyahkunyahMalamIni

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Bila malam menjelma

Sang bulan mengambang penuh

Pungguk tersenyum lebar

Cengerik berasamaradana disebalik langsir

Lampu kalimantang kian malap

Namun

Ada bunyi pelik, krak kruk krak kruk...



Mana tak nya, dengan kehadiran anak bongsu abah ke bilik guwa pasti akan adanya akitviti yang dipanggil marathon menguyah pada malam nie. Hari ini macam bisa dak shafiq azmie bawak buah tangan ke bilik guwa untuk diratah bersama-sama. Nie namanya nikmat kehidupan yang murni apabila hidup berjiran di sebuah hostel yang aman damai.

 Ini dia hasil dusun shafiq azmi yang suka membeli buah buahan kat downtown balung tue. Ini sepisis buah Tarap yang boleh guwa kata hanya terdapat kat daerah ini dan mustahil nak jumpa kat semenajung sana. Buah ini macam buah cempedak dari luar dan sepesialnya buah nie tak perlu sebarang senjata atau perkakas seperti pisau getah, parang, pedang samurai dan sewaktu dengannya. untuk mengupas buah nie. Dengan hanya menggunakan jari jemari runcing korang sahaja boleh membuka buah ini. Kulit dia siyes mudah dibuka meskipun nampak keras. Kruk krak kruk krak marathon bermula. Siapa nak nnti guwa pos guna kurier.


Bunyi kruk krak dan marathon kunyahkunyahmalamini semakin menjadi pekara yang lagha dengan adanya kehadiran kacang rebus. Ini gak hasil titik peluh anak abah berlari ke downtown memberi kacang ini dan merebus kacang tanah nie hidup hidup. Terima kasih  kepada periuk nasi panasonic 1 liter kerana sudi jadi bahan napsu kitaorng malam ini. Kruk krak kruk krak. Kunyahkunyahmalamini akan berhenti apabila salah sorang dari anah abah mengalami kekejangan rahang. Hahahahahah.